28 March 2008

aku baru belajar politik

Ya buat pertama kalinya aku akan menulis tentang 'politik'. Aku sudah berumur 25 tahun nak masuk 26 oleh itu aku rasa aku berhak untuk bercerita tentang 'politik'. Walaupun pilihanraya telah lama berlalu dan harga minyak masih belum turun aku tetap mahu bercerita tentang 'politik' kerana bagi aku 'politik' bukan hanya tentang pilihanraya.

Tetapi sebelum itu aku mahu menerangkan secara apakah itu 'politik'. Mengikut halaman web Wikipedia versi Bahasa Melayu yang aku salin dan rujuk, 'politik' ialah salah satu dari zaman prasejarah. Di Malaysia, zaman 'politik' bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Ketika itu manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai kehidupan nomad. Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam. Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian. Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri. Selain itu, manusia di zaman 'politik' menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian. Alat batu yang digunakan oleh manusia pada zaman 'politik' ialah alat repihan seperti alat batu penetak. Di dalam bab kepercayaan, mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat (jiwa dan roh) orang mati. Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat zaman 'politik', mayat dikebumikan dengan barang-barang seperti makanan dan alat-alat batu. Di zaman itu juga, eh kejap kejap... macam lain macam je.

Ohh silap, salah ni.... zaman politik... zaman paleolitik... hmm ye la tu... ah malu..

Takpela rugi pulak nak padam penat-penat tulis. Biar je la.... Lain kali la cerita paleolitik eh politik..

2 comments:

Preetygurl.. said...

Hmm bagus juga tulis pasal politik ni kak dari tulis pasal kucing ke skirt ke suicide ke..

Bila kita menulis bermakna kita berfikir...

Hmmm ingatkan kak minat bola kulit yg ditendang je...

pidot said...

kak?