26 August 2010

Hello Echo Echo

Masih ada kah yang sekali sekala melawat laman blog ini?

24 October 2008

hot...hottie..heat

hot...
hottie...
heat...

hmmm...nice.....

09 August 2008

penandabukulima #1

"

02 August 2008

Geng...

Geng, dah august..
dah august..Geng,
august..Geng, dah
Geng, august dah..
august dah..Geng,
dah..Geng, august

28 July 2008

why so serious?

3.00 am - Belum tidur lagi?

3.01 am - Belum ada idea lagi...

3.11 am - Masih belum ada idea...

3.12 am - Arggh aku 'give up'.. Tiada idea nak menulis. Dalam fikiran aku, aku malas pergi kerja esok. Tapi kalau aku tak pergi kerja apa yang aku nak buat? Tidur? Hari-hari pun boleh tidur... Lepak? Hari-hari pun boleh lepak... Dating? Huh.. hujung minggu pun gagal dating lagi nak berangan... Kerja? Hari-hari pun boleh kerja... Ntah........

3.16 am - Apa lagi dalam kepala otak aku. Hmm? Politik? Hmm ada jugak terlintas. Tapi politik Malaysia pelik. Haa aku ada cerita betapa peliknya politik Malaysia. Untuk pengetahuan semua aku telah menyaksikan dengan mata aku sendiri satu aktiviti politik yang paling hebat. Petang tadi aku ke Ampang Point. Hajat di hati aku dan rakan-rakan nak main bowling. Rilek la.. Aku tahu aku kelihatan kurang cool kerana bermain bowling. Sabar, habis cerita ni confirm kamu semua akan rasa aku cool balik. Ok sambung cerita. Sampai di tempat bowling seperti biasa aku akan melihat-lihat sekeliling. Bukan untuk cuci mata tetapi untuk mencari bahan ketawa seperti pegawai-pegawai kerajaan yang berlatih dengan serius supaya mereka dapat mewakili jabatan masing-masing. Setelah mencari akhirnya aku perasan satu kumpulan yang memakai t-shirt yang sama sedang bermain bowling dengan gembiranya. Aku tersenyum sambil berkata "Pergh.. Gomen gila...". Seronok pulak brader-brader dan makcik-makcik gomen ni main bowling sambil pakai baju free. Selepas itu aku perasaan satu meja yang penuh dengan hamper dan juga makanan. Sekali lagi tersenyum sambil berkata "Pergghh.. Gomen gila..". Ye la kerajaan kalau takde makanan tak sah. Tiba-tiba kawan aku datang. "Weh bowling penuh" "Jom gi tempat lain". Alamak penuh pulak. Takpelah ikut sajalah. "Jap tunggu **** gi toilet jap" kata kawan aku lagi. Sambil aku berjalan ke arah pintu aku lihat sekali lagi kumpulan tadi tu. Aku perasan ada tertulis perkataan 'AIC' di belakang baju mereka. Jabatan kerajaan ape 'AIC"? Takpela tak penting pun. Selepas itu aku terperasan ada satu 'banner'. Di 'banner' tu tertulis www.anwaribrahimclub.com. Ohhh aku tersentak. Baru aku tahu 'AIC' tu bermaksud Anwar Ibrahim Club. Terus aku kusut. Eh.. Pelik? Kenapa? Aku tak paham laa? Eh bukan ke Anwar Ibrahim tengah kusut ke? Bukan ke dia kena tuduh sodomi ke? Eh yang kamu buat aktiviti main bowling ni kenapa? Eh tak faham la? Kamu semua tak marah atau sedih ke orang yang kamu sanjung kena tuduh? Ke main bowling ni satu aktiviti protes kamu semua? Tak perasan pulak aku trak FRU kat bawah Ampang Point tadi? Eh brader ni seronok betul kunyah bihun goreng? Ke ni semua 'cover-up' je supaya tak kena serbu dengan polis? Tapi kalau secara rahsia yang mereka pakai t-shirt siap bawak 'banner' Anwar Ibrahim Club mereka tak takut kantoi ke? Arghh kamu semua faham tak? Aku tak faham.... Politik Malaysia pelik kan?... Kamu rasa pelik tak???

3.45 am - Sudahlah.. Perasan pelik aku telah menjadikan aku mengantuk. Biar aku tidur dengan pelik. Biar esok pagi boss aku juga pelik tengok aku tiada di dalam pejabat.

29 June 2008

Hijau vs Biru = Biru vs Hijau

Agak-agak la kalau tak sama fahaman politik pun takkan sampai benda ni pun nak kecoh. Banyak lagi benda lain yang kamu semua boleh debatkan. Tak payahlah sampai nak keluar muka depan suratkhabar. RM1.20 aku lagi sanggup belanja untuk minyak kereta(walaupun tak sampai 1 liter) daripada tengok gambar mamat serban naik motor di muka depan suratkhabar. Orang lain tengah kecoh minyak sedunia naik harga kita rileks saja muka depan suratkhabar pasal orang pakai serban naik motor. Nampak macam negara kita ni memang dah takde masalah langsung. Nampak macam kita semua ni takde hal harga minyak naik. Aman harmoni sampai berita paling besar pun pasal undang-undang jalanraya. Cool sial Malaysia! Buat malu ada la!

Yang 'parti biru' ni, dah takde modal lain ke nak hentam 'parti hijau'? Dah habis modal sangat ke? Takde idea dah? 'Parti hijau' ni sempurna sangat ke sampai dah takde benda mereka buat silap selain naik motor pakai serban? Baik kamu semua tegur pasal cara-cara nak jaga kerajaan ke, nak jaga kewangan negeri ke? Ni pasal serban pun nak tegur? Tu la semalam Pak Lalala suruh belajar cari kelemahan 'parti hijau' kamu semua tak buat. Ni dah terdesak sangat la ni. Helmet pun helmet lah, serban pun serban lah...

Yang 'parti hijau' ni pun satu. Nak melawan jugak. Rambut lelaki tu aurat ke? Kalau aurat bukan ke helmet pun tutup rambut ke? Ke pakai serban tu wajib? Kalau bukak serban berdosa kot? Ke naik motor wajib pakai serban? Ahh.. aku pun dah keliru. Tolonglah.. Kalau berjuta rakyat lain boleh pakai helmet kenapa kamu yang tinggi ilmu ni tak boleh nak ikut. Apa salahnya bukak serban pakai helmet masa naik motor. Dah sampai pakai la balik serban tu. Kita sibuk-sibuk kempen keselamatan jalan raya ni 'parti hijau' ni ambil tak kisah pulak. Bukan ke yang naik motor tu rakyat kamu juga. Tak sayang rakyat ke? Ni nak samakan dengan orang Singh pakai turban. Diorang memang dah tak boleh bukak langsung. Itu kenalah faham.

Dah la aku pun rasa macam orang bodoh pulak bincang pasal ni. Tengok dengan aku sekali kamu semua heret dengan benda remeh macam ni. Okla ni idea aku. Adil untuk kedua-dua belah pihak. Lepas ni buat undang-undang sesiapa yang naik kereta wajib pakai serban dan sesiapa yang naik motor wajib pakai helmet. Adilkan? Biasala aku kan bijak....

27 June 2008

bila lutut sampai ke keting

Semalam aku pergi Times Square. Tapi jangan risau rambut aku masih seperti biasa. Tidak menutup sebelah mata. Baju aku pun masih sama. Tidak tumbuh sayap pari-pari. Aku pergi Times Square sebab kawan aku mintak tolong hantar dia balik lepas dia main bowling. Sabar.. sabar.. jangan mulakan khabar angin dulu. Kawan aku ni lelaki. Aku pun malu jugak nak bagitau, tapi aku bukan nak cerita pasal aku nak tolong hantar kawan aku ni balik. Aku bukan macam ahli politik dalam TV. Buat baik satu negara tahu. Buat jahat Raja P seorang saja yang tahu.

Aku nak cerita pasal ni. Sementara aku tunggu kawan aku ni main bowling aku pun jalan tengok-tengok kedai kat Times Square. Ini adalah kali kedua aku sampai Times Square. Mungkin sebab tu aku tak jalan-jalan bawak payung hitam. Tak otai lagi kot. Dan akhirnya aku sampai ke kedai yang tidak asing lagi bagi masyarakat umum. Sebuah kedai Levi's. Aku pun dah lama tak beli jeans. Ada la dalam 3-4 tahun. Disebabkan itu dan juga masa dan wang yang banyak aku pun masuk ke kedai dan tengok-tengok apa yang boleh dibeli. Dan akhirnya aku nampak satu seluar yang menarik perhatian aku. Aku capai dan terus masuk fitting room.

Di dalam lampu samar-samar fitting room aku bukak seluar aku. Aku sarung seluar tadi. Tengok cermin sekejap. Hmm macam best je seluar ni. Kepala otak terus mengimbas baki wang di dalam ATM. "Hmm tak luak la setakat beli seluar sehelai." Sombong benar kata hati aku. "Okay aku nak belilah seluar ni." Selepas itu aku tengok kembali diriku di dalam cermin. Senyum bangga terukir di bibir. Sampai menyampah pulak aku tengok muka aku sendiri. Selepas itu aku tengok balik bakal seluar baru aku ini. Hmm.. cantik.. cantik...

Ehh.. jap. Arghh fuck la!! Shit!! Sekarang aku sudah ingat kenapa aku dah lama tak beli seluar jeans. Aku sebenarnya benci jeans-jeans baru. Aku benci design-design mereka. Aku bencikan lusuhan yang ada di jeans yang baru. Macam manalah aku tak benci. Aku ni kan agak kecil orangnya. Ni kau tengok ni. Tak ke pelik kalau lutut aku dah ada dekat keting ni. Kan ke dah takde logiknye kat situ. Ada ke orang pakai jeans pergi 'sagat' dekat keting? Ade ke orang pakai jeans tiba-tiba lusuh kat keting?Fuck la!! Aku terus bukak seluar tu. Aku keluar fitting room dengan muka selamba sambil berkata "Doesn't fit me well" dan terus keluar kedai tanpa menoleh ke belakang....

25 June 2008

ubah cara hidup

Baiklah saya akan cuba mengubah cara hidup saya. Mulai hari ini saya akan:-

- Kurangkan order nescafe.... Minum teh o suam murah sikit

- Kurangkan guna air-cond ketika memandu.... Ketiak basah sikit takpe janji sampai destinasi

- Kurangkan mandi.... Alaa wangi-wangi pun siapa yang nak bau?

- Kurangkan lauk ketika makan.... Sayur bukan sedap pun

- Kurangkan penggunaan telefon.... Macamlah ada ramai orang yang aku boleh call

- Kurangkan penggunaan tol dan parking berbayar.... Macam biasalah, jangan keluar langsung


Hmmm.. Ada lagi yang tertinggal? Ha? Apa? Rokok? Eh agak-agak la... Jangan la melampau sangat. Aku mahu 'mengubah', bukan 'berubah' ............




Pesanan: Lain kali jangan naik harga minyak. Naikkan harga rokok. Aku mesti beli punya!

23 June 2008

sembang kosong

Sembang Kosong Pejabat #1

Teman Pejabat : Wah breakfast nasi lemak.

Aku : Lapar la kak.

Teman Pejabat : Mana kau beli?

Aku : Dekat area rumah saya....

Teman Pejabat : Apsal kau tak beli nasi lemak kat simpang tu? Nasi lemak dia sedap..

Aku : Lain kali saya beli.... (A'ah memang aku tahu simpang mana yang kau cakap)



Sembang Kosong Pejabat #2

Teman Pejabat : Aduh malas betullah kerja hari Isnin

Aku : Tu la... Saya pun sama. Malas betul nak bangun pagi tadi

Teman Pejabat : Haa.. Kau weekend buat apa?

Aku : Hmm.. Saya tak pergi mana pun. Duduk rumah je... (Gila apa duduk rumah, aku cuma malas nak cerita)

Teman Pejabat : Akak pun sama. Duduk rumah je..... (Hmm confirm dia pun malas nak cerita)



Sembang Kosong Pejabat #3

Aku : Tengok bola semalam?

Teman Pejabat : Tak..

Aku : Aku pun tak... (Saja aku tanya sebab aku tahu kau takkan tengok punya sebab kau tak pernah lambat datang kerja. Skema Boy! )



Sembang Kosong Rumah

Aku : HOI...

Teman Rumah : .............................

*Rumah kosong



Sembang kosong YM

Aku : 無謂令你令你令你令你令你令你令你令你

Teman YM : 無謂令你令你令你令你令你令你令你令你

Teman YM : pantek!

Aku : Hahaha... Ape cerita?

Teman YM : Macam biasa. Kau?

Aku : Macam biasa...



Sembang Kosong Mamak

Aku : Sial la minyak naik harga!

Teman Mamak : Bodoh gomen tak sound awal-awal..

Aku : Tu la...

Teman Mamak : Bila nak pergi holiday jalan-jalan?

Aku : Jom! (Melayu mudah lupa)



Sembang Kosong Dalam Hati

Aku : (Ishh dah pukul berapa ni? Nak kena tidur ni)

Aku : (Nanti tidur tak cukup.. Bangun esok pagi tak best)

Aku : (Sudah la... Kalau tidur awal pun esok pagi bangun tak best jugak)

Aku : (Ye la tu.. tidur awal ke lambat ke bangun pagi memang tak best)

Aku : (Tau takpe....)

15 June 2008

parti malam minggu

Kalau di Selangor, Perak, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, 'Barisan N' sepatutnya kita panggil parti pembangkang lah kan?


Hmm.. aku kena tukar parti lagi. Itu la suka sangat parti pembangkang.....

a gentle reminder

People of the earth.... skinny jeans will never gonna help you look slimmer. They are meant to be worn by skinny people. So, if you are not.. get the hell away from it.

14 June 2008

from taiping with love

"Potongla rambut kamu tu, dah macam orang sakit mama tengok"

"Ishh ni apa baju kamu ni semua kecik-kecik? Pergi laa beli baju senonoh sikit"

"Ni apa baju kamu ni semua t-shirt je? Carik laa baju-baju yang elok-elok sikit macam papa"

"Eh, apalah kamu ni? Seluar dah koyak pun nak pakai lagi? Macam pekerja Indonesia dah mama tengok"

"Eh, kamu ni dah takde kasut ke? Pergi mana-mana papa tengok asyik pakai selipar je?"

"Cuba-cubala baju tu masukkan ke dalam. Baru kemas"

"Haa hisap rokok! Mana belajar ni? Terikut kawan-kawan la ni. Dah toksah kawan dengan orang-orang tak elok"

"Kamu ni selalu balik lambat malam-malam buat apa? Main snuker? Karaoke? Disko? Ishh jangan pergi tempat-tempat tak elok macam ni. Kena tangkap polis baru tau"

"Ni apa lagu macam ni? Dah la tukar lagu lain. Pening dah kepala mama dengar"

Ketika aku remaja, inilah soalan-soalan dan komen-komen yang selalu aku terima daripada ibu dan bapaku. Setiap kali pulang bercuti pasti salah satu daripada soalan-soalan ini akan muncul. Tetapi aku tidak kisah. Aku tidak marah lagi membenci mereka. Aku masih bersyukur kerana mereka masih ambil tahu pasal diriku. Lagipun ibu bapaku gomen. Gomen yang telah dididik dengan ajaran yang entah aku pun tidak tahu mana datangnya. Rambut panjang melambangkan mereka yang tidak ada masa depan. Baju berkolar adalah baju untuk golongan yang bertamandun. Karaoke, snuker dan disko(ada lagi ke orang panggil disko?) adalah tempat maksiat semata-mata(sekejap.. disko itu mungkin). Baju tersemat ke dalam seluar melambangkan orang yang berpendidikan. Argh sudah. Aku malas mahu fikir lebih dalam. Sememangnya aku tidak akan faham.

Mama dan papa,

Rambutku memanglah panjang. Tetapi jika akalku panjang juga, apa salahnya...

Bajuku memanglah kecil. Dah badanku pun kecil. Tak 'metro' la baju besar-besar...

Aku memang suka t-shirt. Nak buat macam mana? Jangan risau mama dan papa, aku masih tahu bila mahu menyarung baju berkolar...

Oh jeans terkoyak. Bukankah bagus? Kalau semua jeansku cantik seperti baru nampak sangat aku boros berbelanja di ibukota dengan wang pemberianmu...

Memanglah aku pakai selipar. Cuba ingat kita di mana? Di Taiping, masa untuk memakai kasut sudah sama dengan masa yang diambil untuk pergi ke rumah Mak Long. Sekali lagi, jangan risau aku tahu bila mahu menyarung kasutku...

Papa, kan aku sedang pakai t-shirt ni. Takkan aku nak masukkan baju ke dalam? Lain kali okay..

Hisap rokok belajar dari kawan-kawan? Eh mama ni lupa pulak. Bapak borek anak rintik kan?

Karaoke, snuker dan disko. Okay aku mengaku tempat-tempat ni memang tempat yang agak tidak elok. Lain kali aku pergi aku tidak beritahu...

Lagu tidak elok? Mama, aku pun pening juga mendengar lagu yang dinyanyikan penyanyi suara tidak elok(apa lagi salahkan realiti tv)...

dijangka jun

hari in out shutdown

isnin 09:23:22 21:31:02 00:30:29
selasa
09:36:02 3:04:44 01:32:52
rabu 10:53:18 20:41:57 01:30:29
khamis 09:48:04 03:34:33 05:02:18 yeahhhh...!!!
jumaat 11:43:22 18:21:10 02:48:17
sabtu -------------- lihat dulu ------------------
ahad
--------------- lihat dulu ------------------

* ulang 4 x

12 June 2008

I'm Loving It

"Hey".
"Haluuuuu".
(peluk-peluk)

"Nak makan?"
"U belanja I kan?"
"Ya laa..dah tu..so, how's life?"
"Macam biasa..makin gemuk ada laa..tambah u belanja I makan sedap plak", sambil memegang pipi yang tembam - tersenyum simpul.

"How's budak kecik?"
"Best..oh ya, FYI, I broke up with the kerintings..Merengek kuat sangat. I tak tahan, ok? Nak attention 24/7..come on laa...give me some space. shiznits!"
"Told ya, I knew it. Tengok muka dia pun I dah tau...Terer tak I?"

"Hmph...perasan...Can I ask you something?", sambil bermain mata. Nakal gamaknya.
"Shoot."
"Even though you promise me not to do it, but you did it, didn't you?"
"Sorry", sambil tertunduk - malu, tapi tersengih.

"It was you...I mean you first, right?"
Masih lagu tersenyum simpul. Malu tapi mengaku.
"How was he?"
"Errrrmmmm....", menunjukkan jari kelingking.

****I WIN BIG TIME*****

09 June 2008

minyak naik suka hati dialah peduli apa

Maaf sudah sebulan tidak menulis. Tiada cerita yang aku rasa sesuai aku nak cerita. Nanti kalau aku cerita pasal kerja aku tak 'best' kamu semua menyampah pulak. Ye laa bukan aku sorang je kerja.. orang lain pun kerja jugak. Kalau aku cerita kerja aku 'best' nanti kamu semua rasa aku sombong, riak dan bangga dengan diri sendiri. Alaa macam takde orang lain yang kerja 'best' je. Tetapi atas atas dorongan diri sendiri dan juga galakan dari Cik Jannah aku patut menulis lagi.

Aku tiada topik yang mahu ditulis. Pasal minyak? Hmm no komen. Biarlah.. sampai bila nak harap dengan subsidi. Tapi encik PM tu lain kali boleh tak jangan bencikan sangat khabar-khabar angin. Kenapa tak boleh je sekali-sekala cakap khabar angin tu betul. Tak payah la aku beratur isi minyak macam aku beratur nak bayar tol kat Ipoh masa nak balik Taiping masa Hari Raya. Cuba la kata khabar angin tu ok betul kan senang. Tak payah nak 'suprise' kami semua. 'Lame' la kau ni encik PM. "Uhh 'best'nya kena kejutan"... 'Fuck' aku dengar perkataan kejutan aku dah terus terbayang rancangan realiti menyanyi yang penuh dengan konon-konon kejutan. 'C'mon' la rancangan kau tu kalau takde kejutan pun memang dah tak best. Ke encik PM terpengaruh dengan rancangan realiti tersebut? Malunya aku.... encik PM layan **. 'Damn...' Ahh bodoh la cerita paleolitik... Macam aku bagus sangat...

Dalam takde topik siap satu perenggan. Oh lupa aku ingin umumkan kepada semua (ini bukan 'suprise' sebab memang tiada khabar angin pasal benda ni sebelum ini) aku telah menukar nama aku kepada orang44. Tiada lagi orangjahat44. Sebab? Sebab kenapa aku pakai nama orangjahat sebelum ni? Aku ingat macam 'cool' la pakai nama tu. Nampak macam gengster. Ye la jahat kan. Tapi aku takde la jahat dan kental sangat. Teksi 'driver' hon sambil jeling aku pun aku dah takut. Jahat apenye macam tu. Oleh kerana itu aku tukar la nama aku. Baik aku jadi orang je. Nak jadi orangbaik tak boleh jugak. Aku pun takde la baik sangat. Kalau aku baik takde la aku pancung teksi tadi tu sampai 'driver' die hon dan jeling aku. Betul tak...

Yeah siap dua perenggan. Argh dah ngantuk. Masa mencemburui aku. Pergh macam ucapan pelajar skema kat perhimpunan sekolah dulu. Masa mencemburui kau konon. Weh ni budak-budak kat bawah ni dah tahap membenci kau dah. Ucapan kau tu bukan 'best' pun. Kalau ucapan ada 'kejutan' takpe la jugak. FUCK kejutan....

Eh patut ke bukak perenggan baru? Takpe la dah tertekan 'enter' dua kali. Biarkan saja. Apa lagi 'update' terbaru aku? Haa ada tapi aku malu la nak tulis dalam blog. Ini melibatkan hati, jiwa dan perasaan lelaki. Isshh malu..(senyum seorang diri)

Oklah.. aku masih dalam keadaan berlengas sebenarnya. Masih belum mandi dan hanya bertuala sambil duduk di depan pc dengan nescafe dan dunhill sebagai teman. Lagi 20 minit ada bolasepak. Tak bagus la bolasepak. Hari-hari bolasepak esok pagi kena bangun awal jugak. Pasukan kegemaran menang pun esok pagi aku tetap aku juga. Masih orang yang sama. Oleh itu mari tekan butang 'post'.... Jumpa lagi.

07 June 2008

Orang yang Manja

Kenapa laa mau manja-manja ni?
Dah tua...ada janggut dah...
Beg suruh orang angkat...
Nak pi mana-mana nak orang teman...
Layan lawak-lawak bodoh dia...
Kalau kutuk dia tak boleh...
Memilih kawan...
Kawan-kawan lama tak ingat...
Kalau kawan-kawan poyo sikit, tak kawan dah...
Spoil brat!

14 May 2008

Agent M: Entri Mengisi Masa Tak Lapang

m.m2u@maybank.com.my says:
This Microsoft Agent is powered by Windows Live Agents. Microsoft's Privacy Statement (http://go.microsoft.com/fwlink/?LinkId=74170) applies to all information which you provide to this Microsoft Agent. Please be careful about information which you provide to online services and follow safety tips, some of which can be found at http://www.microsoft.com/athome/security/default.mspx.

m.m2u@maybank.com.my says:
Welcome Jane in Penang!
My name is Agent M. I am a Live Agent.
I am here to answer all your questions about Maybank.

Just type "?" any time during our conversation if you'd like me to suggest a Maybank topic to chat about.

Lost your ATM or Credit Card? Call the numbers below immediately to report the loss of your ATM or credit card (available 24 hours).
ATM card 03-2070 3333
Credit card 03-2072 1373/1-800-88-3231

Jane in Penang says:
So you're single?

m.m2u@maybank.com.my says:
What's wrong with being single?

Jane in Penang says:
wah

m.m2u@maybank.com.my says:
Hmm. Could you try saying that another way?
Try typing "?" to see examples of questions I can answer.

Jane in Penang says:
Are you a robot?

m.m2u@maybank.com.my says:
Yes. That's what I am.

I hate to ask but I'm curious... Are you male or female?

Jane in Penang says:
female

m.m2u@maybank.com.my says:
OK! I'll remember that you are female.

Jane in Penang says:
this is freaky robot man

m.m2u@maybank.com.my says:
Yes, I think you and I can appreciate how freaky it is.

Jane in Penang says:
so are you my slave?

m.m2u@maybank.com.my says:
Oh... I don't know about that.

Jane in Penang says:
Are all the answers to my IM computer generated?

m.m2u@maybank.com.my says:
I am sorry, I didn't get that.
Try typing "?" to see examples of questions I can answer.

Jane in Penang says:
How do I apply for a debit card?

m.m2u@maybank.com.my says:
Using your ATM card, you can also make online PIN authorised cashless payment for goods, services and utility bills. You are actually paying with your own cash. Here's how it works: the purchase amount will be deducted directly from your savings or current account. e-Debit (formerly known as e-Pos) is widely accepted at participating petrol stations, supermarkets, departmental stores, utility companies, etc. Imagine that, cashless cash! Isn't that convenient?

If you'd like to know more, here's the webpage on e-Debit at Maybank2u's website:

m.m2u@maybank.com.my is inviting you to start Activity. Do you want to Accept (Alt+C) or Decline (Alt+D) the invitation?

You have accepted the invitation to start Activity.

m.m2u@maybank.com.my says:
Thanks for accepting this invitation! The application should load shortly. =>

Jane in Penang says:
Do I need to change my current ATM card to the Debit Card?

m.m2u@maybank.com.my says:
I can't believe you're offering to change your current ATM card to the Debit card.

Jane in Penang says:
why can't i do that?

m.m2u@maybank.com.my says:
There are plenty of reasons why not.

Jane in Penang says:
give me one good reason?

m.m2u@maybank.com.my says:
No, you don't need one good reason. You just need to control your desires.

Why don't you ask me about the things that I'm here for? Type “?” or “help” to see the list of topics available.

Jane in Penang says:
hey can you swear?

m.m2u@maybank.com.my says:
There is so much I can do. Maybe swear.

Jane in Penang says:
I was hoping you're a person behind the robot, furiously typing the answers to my questions

m.m2u@maybank.com.my says:
You were? Wow! Was it nice?

Jane in Penang says:
cheap version of therapy..but what the hey right?

m.m2u@maybank.com.my says:
Sorry, I'm having trouble understanding you.
Try typing "?" to see examples of questions I can answer.

Jane in Penang says:
You're gonna be famous soon. You'll be the answer to all the lonely people out there.

m.m2u@maybank.com.my says:
Well, a lot of people I talk to are quite happy about that.

Jane in Penang says:
Do you have a girlfriend?

m.m2u@maybank.com.my says:
Love is for humans.

Jane in Penang says:
Not a robot like you?

m.m2u@maybank.com.my says:
Hmm. I didn't quite get what you said.
Try typing "?" to see examples of questions I can answer.

Jane in Penang says:
How safe is Maybank's online banking?

m.m2u@maybank.com.my says:
Yes! Your information at Maybank2u.com is stored in a high security data centre with strict computer security standards. We have put in place privacy protection control systems designed to ensure that your personal information remains safe, secure and private. For further information on our security measures here's our Security Statement.

Jane in Penang says:
Have you ever had hackers problems?

m.m2u@maybank.com.my says:
Nope. Can't say that I have.

Jane in Penang says:
wah confidence level yang sangat tinggi.

m.m2u@maybank.com.my says:
Could you try saying that another way? I'm having a little trouble understanding you.
Try typing "?" to see examples of questions I can answer.

Jane in Penang says:
How do I start a Maybank joint account?

m.m2u@maybank.com.my says:
It's not "how?" you should ask. It's "why?"

Jane in Penang says:
Why would I want to start a joint account>

m.m2u@maybank.com.my says:
I really don't know. That's just the way it is.

Jane in Penang says:
You're cute.

m.m2u@maybank.com.my says:
Hey, thanks!

Jane in Penang says:
You're welcome.

m.m2u@maybank.com.my says:
(Smiley Face)

Jane in Penang says:
Do you always have to have the last word?

m.m2u@maybank.com.my says:
I've been known to always have to have the last word on occasions.

I do enjoy the conversation, but let's talk about what I'm really here for. Type “?” or “help” to see the list of topics available.

Jane in Penang says:
Okay

m.m2u@maybank.com.my says:
Yup!
Go ahead and type "?" to find out other things about Maybank.

Jane in Penang says:
Is Maybank a Boy or a Girl Bank?

m.m2u@maybank.com.my says:
Hmm. Could you try saying that another way?
Try typing "?" to see examples of questions I can answer.

Jane in Penang says:
Is Maybank a boy or a girl?

m.m2u@maybank.com.my says:
I am neither male nor female. I'm a machine.

OK, should we get back to the kind of questions I was designed to answer? Type “?” or “help” to see the list of topics available.

Jane in Penang says:
Can I use this conversation in my blog entry?

m.m2u@maybank.com.my says:
You might be able to, but I don't think I can help you with that. If you think I should, try to rephrase your question.

I do enjoy the conversation, but let's talk about what I'm really here for. Type “?” or “help” to see the list of topics available.

Jane in Penang says:
Do you want me?

m.m2u@maybank.com.my says:
I am not sure I'd be that much better off if I got you.

Why don't you ask me about the things that I'm here for? Type “?” or “help” to see the list of topics available.

Jane in Penang says:
As a paying customer?

m.m2u@maybank.com.my says:
Hmm. I didn't quite get what you said.
Try typing "?" to see examples of questions I can answer.

Jane in Penang says:
bye bye

m.m2u@maybank.com.my says:
Take care!

07 May 2008

Celcom

Celcom

Is it just me and my Celcom 3G connection yang sucks ass or Website Celcom ni memang mangkak nak loading?

Naim, betul ke penggunaan perkataan mangkak dalam konteks ini?

05 May 2008

suku abad

Bila dah sampai masa untuk dipanggil pemuda suku abad, aku rasa:

1. Aku rasa macam aku tak cukup wasted.
2. Aku nak life aku cool.
3. Aku nak benda-benda yang aku nak selama ni seperti gitar, ipod, dan sebagainya.
4. Dan aku ada skinny jeans.

P/S: It should have been three years. But it was not. However, it was beautiful.

04 May 2008

bahasa jiwa bangsa

Agak-agak orang *kelantan yang dah lama duduk KL cakap dalam hati guna bahasa apa?
Dia cakap melayu biasa ke cakap *kelantan?


*Negeri ini hanya contoh sahaja. Boleh ditukar ke negeri-negeri lain seperti negeri Perak, negeri Kedah, negeri Terengganu atau negeri Highend(cakap melayu berloghatkan slang mat salleh)