14 March 2008

Persoalan #1

KENAPA...


...aku pelik melihat mereka yang meminati band-band bosan seperti New Boyz, Spin, Scoin dan yang seangkatan dengannya?

...aku pelik melihat mereka yang meminati selebriti-selebriti bosan seperti Anuar Zain, Siti Nordiana, Khai, Cico Harahap, Azwan Ali dan yang seangkatan dengannya?

...aku pelik melihat mereka yang meminati filem-filem bosan arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen, Yusof Haslam dan yang seangkatan dengannya?

...aku pelik melihat mereka yang meminati drama-drama siri bosan seperti Puteri, Misi XX Ray dan yang seangkatan dengannya?

...aku pelik melihat mereka yang meminati rancangan realiti bosan seperti Akademi Fantasia, One in A Million dan yang seangkatan dengannya?

...aku pelik melihat mereka yang meminati channel chatting bosan di dalam tv seperti di Astro, TV3 dan yang seangkatan dengannya?

...aku pelik melihat mereka yang meminati suratkhabar tabloid bosan seperti Harian Metro, Kosmo dan yang seangkatan dengannya?

DAN KENAPA...


...aku juga pelik melihat mereka yang bertenggek di atas motor beramai-ramai di Bangsar, Hartamas, Uptown dan di mana-mana lagi?

...aku juga pelik melihat mereka yang membikin kereta-kereta biasa mereka seperti kancil, kenari dan kelisa?

...aku juga pelik melihat mereka yang memakai seluar jeans jerut bersama kasut Timberland ditambah dengan topi dan juga rambut ekor dibelakang tidak lupa juga gemar memakai sunglass di dalam shopping complex?

...aku juga pelik melihat mereka yang selalu ke Starbucks, Coffee Bean dan kedai kopi yang tidak logik harganya hanya untuk secawan kopi?

...aku juga pelik melihat mereka yang membeli t-shirt biasa di butik-butik mahal seperti Topshop, FCUK dan sebagainya?

PELIK


Aku tidak kisah tentang apa mereka fikir terhadap aku.
Tetapi kenapa aku kisah memikirkan tentang mereka?
Mungkin aku kisah tentang apa mereka fikir terhadap aku?

Aku mahu minum, makan, dengar dan lihat apa aku suka.
Mereka juga mahu minum, makan, dengar dan lihat apa mereka suka.
Mungkin aku mahu mereka minum, makan, dengar dan lihat seperti apa yang aku suka?

KENAPA?

Adakah aku pentingkan diri sendiri?
Adakah aku dengki?
Adakah aku cemburu?


MUNGKIN.......

No comments: