10 April 2008

di pagi glory glory

Ya memang aku sedang senyum sorang2. Manchester United dah masuk semifinal Champions League. Kenapa aku suka Manchester United? Kenapa aku sokong mereka? Entah aku pun tak tau kenapa aku sokong Manchester United. Aku takde kena-mengena dgn Manchester United. Mungkin hanya untuk 'fit in' dalam masyarakat. Mungkin dengan menyokong sebuah pasukan bolasepak EPL eh.. BPL, menjadikan aku seorang lelaki yang normal. Mampuslah aku tak kisah. Aku tetap akan senyum sorang2...

Ya aku sudah berhenti senyum. Tengahari tadi kawanku sudah kehilangan ibunya. Al-fatihah untuk arwah. Ini perkara sedih dan aku tak mahu ulas dalam blog.

Ya aku sedang mengetap bibir. Aku sedang guna laptop rakan studioQ. Kenapa? sebab PC aku dah tak bagus. Masuk segala jenis virus, spyware, malware dan musibah-musibah yang lain. Aku tak boleh surf internet. Tapi YM boleh lagi so takde masalah untuk berkomunikasi dengan teman studioQ yang lain. Hmm.. wahai PC bedebah... format nak? Aduh aku tak reti format PC. Aku tak pernah format PC. PC aku pun tak pernah diformat sejak ia jatuh ke tangan aku. Nak format ke? Ahh aku malas nak format. Sape-sape tolong ejaskan boleh? Tapi kalau yang duduk studioQ ni nak tolong formatkan lagilah bagus.

Ya aku gosok mata. Gatal. Bukan mengantuk.

Dan sekarang aku sudah menguap. Alamak kena tidur ke? Aduh. Aku tak boleh la. Aku tgh malas ni. Takde mood. Tapi takpelah aku masuk je lah bilik dulu. Nanti bile aku rajin nanti aku tidur ok. Sebab aku hanya tidur bila aku rajin.

Ya aku mahu tekan butang post. Jumpa lagi......(Glory Glory Man Utd dalam hati)

No comments: