Agak lama aku tak tulis dlm blog ni. Banyak cerita aku nak bagitau tapi banyak masalah pulak seperti intenet kena potong. Semalam dah ok dah. Malam semalam aku kemas rumah. Aku kemas ruang tamu dan bilik aku sendiri. Banyak habuk dan 'daun-daun'. Aku vakum lantai dan lap habuk. Agak rajin aku semalam. Aku buat ikhlas untuk kawan-kawan aku supaya mereka selesa lepak tengok tv dalam keadaan bersih. Betul, aku buat bukan untuk diri sendiri. Tapi biasalah aku kan melayu, buat kerja sikit nak bagitau semua orang. Nak kredit dari masyarakat. Alaa macam ahli politik selalu buat dalam tv tu. Nasib baik aku tak kenal orang dalam tv, kalau tak mesti aku masuk tv jugak sebab aku kemas rumah secara percuma dan ikhlas.
Minggu lepas aku lepak Alor Star atau Aloq Staq(ikut dialek negeri masing-masing). Aku akan guna Alor Star sebab kat signboard tulis Alor Star.. Eh ke Alor Setar? Ahh mana-mana la janji paham. Aku lepak di Alor Star selama 2 hari. Aku tidur di recording studio SPERM milik member aku. Dia ni anak kepada Datok Bandar Alor Star. Kalau syarat-syarat nak jadi Datok Bandar ialah memiliki anak seperti dia ni, aku rasa bapak aku pun ada can nak jadi Datok Bandar Taiping. Tapi nasib baik bukan. Alor Star ni lebih kurang je dgn KL cuma dialek berbeza dan makanan murah. Nasib baik aku asal Tepen, so aku boleh paham apa mereka cakap dan aku boleh la cakap Kedah sikit-sikit walaupun aku tau agak macam cibai. Di Alor Star aktiviti aku masih sama. Tidur, makan, borak, rokok dan internet. Tapi aku dapat main futsal di Alor Star. Sabar-sabar aku tahu kat KL pun ada futsal. Tapi yang lain nya futsal di KL dan di sini ialah aku dapat main futsal free tanpa memakai pakaian sukan. Majoriti mereka yang bermain pada malam itu hanya memakai tshirt, boxer dan berkaki ayam. Aku kagum. Aku pun sama cuma aku tak pakai boxer, aku pakai seluar pendek jalan-jalan. Aku takut main futsal pakai boxer sebab biasalah 'barang besar' nanti terkeluar orang jeles pulak. Hmm 'juah' jugak la aku ni. 'Juah' ialah satu perkataan baru aku belajar di Alor Star. Maksudnya cari sendiri. Dan dari pemerhatian aku, aku dapat membuat kesimpulan bahawa perkataan yang paling selalu di sebut di Alor Star ialah "anak haram". Betul aku tak tipu tanya depa.
Balik ke KL aku dapat tau internet kena potong. Shit. Takpe takde internet pun ok ape. Baru la semua org berkomunikasi secara langsung. Ini tak, duduk satu rumah pun sembang pakai YM. Takpun semua orang duduk di depan pc tak keluar bilik sehari suntuk. Macam sekarang ni laa. Gila. Tapi takpe back to normal. Hari-hari sama. Alor Star, aku akan datang lagi. 2 hari tak cukup...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Cool2.. Nanti hang mai aloq staq lepak ngan aku... Tak sangka ada jgk orang yg suka lepak kat sini padahal boring gila!
BTW, umah aku 10 minit ja dr airport so hari2 tgk kapal terbang turun naik.. LOL!
Post a Comment