Aku mahu mulakan dengan ucapan glory glory Manchester United. Jangan marah kawan-kawan. Nak buat macam mana dah kami tengah menang. Kemenangan 2-1 ke atas Arsengal memang best. Terima kasih Adebayor sebab score dulu. Lagi manis kemenangan ini. Baru rasa macam hero. Biasala hero kan selalu kena dulu. Sungguh best tengok muka sedih manager mereka, Encik Arselenge. Haa baru hang tau. Dan tidak lupa, terima kasih Heskey. Gol anda amat kami sanjungi walaupun anda main macam cibai. Dah.. boring la cerita pasal bola. Cukup-cukup la bangga dgn pasukan bola dari negara penjajah. Nak cerita pasukan tempatan, PERAK pulak tak power tahun ni. Biasala melayu, time kalah duk diam je la. Betul tak yop?
Haa... hari ni aku nak cerita tentang nombor 44. Aku suka nombor 44. Dua helai jersey bolaku bernombor 44. Bukan, bukan jersey Man Utd. Jersey Man Utd aku tak mampu beli dan aku tak pakai jersey tiruan murah. Jerseyku hanya jersey buat sendiri pasukan aku dan rakan-rakanku semasa di universiti dulu. Kenapa 44? Bukan ke nombor 4 tu suey(malang-aku tak tau ejaan sebenar). Ni dah 44 lagi la banyak suey. Takpe aku tak kisah. Aku rasa nombor tu macam best. Kalau kita tekan butang shift sambil tekan nombor 4 akan keluar $. Tekan dua kali $$. Kalau tekan banyak lagi, lagi la banyak $$$$$. Tapi takpe, aku tak tamak sebab tu aku suka 44 je. Buat ape duit banyak-banyak. Kalau duit banyak mesti aku akan pergi beli baju t-shirt berkolar yang dihiasi nombor dan kuda. Dan bila duit banyak confirm collar bajuku akan ternaik. Tambah pulak dengan kereta mewah. Mesti masyarakat akan dengki dan akhirnya benci dengan aku. Aku tak nak jadi macam tu. Aku suka diterima masyarakat.
Dah jauh menyimpang kembali ke jalan yg benar. Lagi satu kenapa aku suka 44 ialah kerana tarikh 4 April. 4 April ialah hari kelahiran atau birthday ibu aku. Seorang ibu yang garang tetapi amat aku sayang. Ibuku seorang guru penolong kanan hal ehwal murid atau HEM. Hanya mendapat lesen kereta ketika umur sudah 40-an. Aku kagum semangatnya untuk mendapat lesen walaupun sudah berumur. Ya birthday ibuku sudah lepas. Aku tak beli apa-apa hadiah untuk ibuku. Aku memang anak yang tak bagus. Hanya sms yang aku hantar. Aku tulis bahawa aku sayangkan dia. Tahun ini dia akan berumur... jap 2008 tolak 1956 hmm jap bukak calculator aku tak nak salah kira nanti orang ingat aku bodoh. Aku tak bodoh cuma mahu kepastian. Yaa 52 tahun. Dua kali ganda umurku. Bodoh.. itupun aku boleh lupa. Tujuan aku nak tulis blog ni pun sebab aku perasan umur ibuku adalah dua kali ganda umurku. Takpe abaikan. Walaupun aku tahu ibuku takkan baca blog ini aku ingin beritahu kepada seluruh dunia aku sayang ibuku. Aku beruntung mempunyai dan masih mempunyai seorang ibu.
Jiwang pulak aku. Takpe jiwang dengan mak mesti orang kata aku ni sweet and sensitive. Baru cute. Ohh aku lupa bagi tau... PC aku dah elok. Aku yang tak elok sebenarnya. Masalah mudah pun tak dapat selesaikan. Aku hampir-hampir nak masukkan CD Windows original(in case kalau bill gates baca blog ni), tapi nasib baik aku sedar kebodohan aku. Tak perlu la aku cerita apa kebodohan aku tu. Jatuh la standard aku di alam siber ini yang dipenuhi dengan pakar-pakar komputer. Betul tak? Kalau betul jumpa lagi lain kali........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment