25 April 2008

when i need you

Sharifah Jasmine
Add as Friend
1:39am Apr 22nd
Report Message
for?

HaNa ISmail
Add as Friend
12:04am Apr 23rd
Report Message
wow!those r cool pictures.
but id rather not la.
segan.huhu.
u did a greatt job.
keep it up!
n ***,i noe her.shes my senior.=)
salam.


Sherina Shahnaz Fauzi
Add as Friend
12:46pm Apr 23rd
Report Message
hi.. dapat duit tak???

ok kidding.. tp probably not kot, tapi thanks for the offer. :)


Juria Hartmans
1:39pm Apr 23rd
experimental photography by who?

Ity Nadira Ahmad
2:21pm Apr 23rd
tunggu i kurus lagi la... i know i will look chubby in the camera :P
unless camera u ader special features buat org jadi cantik hehe
nice collection of pics by the way ..


Anisa Alexander
Add as Friend
2:59pm Apr 23rd
Report Message
mm.. thanks, but no thanks.

Have a nice day!!!!!


to jannah : ayuh lari...

23 April 2008

to all liverpool fans out there

It's okay... You still have the second leg match at Stamford Bridge. You can still beat Chelsea there.........


IN YOUR DREAMS LA WEI!!!



p/s : To all Man Utd fans, I dream about Man Utd vs Barca last night and it's not good.....


love is....

Hisap rokok.... rasa payau

Mandi..... sejuk gila babi

Tidur.... tidak lena

Makan..... kurang selera

Apakah ini? Dilamun cinta?

Ahh bukanlah... Aku hanya tak 'strong'..

Rasa payau bukan halangan aku habiskan sekotak Dunhill 14 sehari kadang-kadang lebih...

Sejuk gila babi bukan halangan aku mandi tiap-tiap hari bahkan sebelum tidur pun aku mandi...

Tidur tidak lena bukan halangan untuk tidur lama sampai terlajak ke pukul 3 petang tadi...

Makan kurang selera bukan halangan perutku menampung 2 pinggan nasi makan malam tadi...


Okeh roti campur hot dog campur Liver'fool' dan Chel'shit'... Esok aku 'strong' balik kot?

19 April 2008

Aku Bengang

Semalam studio gua bocor.

Baru keluaq tak sampai 15 minit, dengan berbekalkan duit yang secukupnya untuk membeli Maggi serta biskut-biskut yang sedap, gua keluaq pi 7-E nak beli makanan-makanan tersebut. Time tu, tengah hujan lebat nak mampuih.

Balik studio gua saja........BANJIR satu studio......FUCK!!! Sambil terduduk mengenangkan nasib, gua ubah peralatan-peralatan yang penting seperti amp, gitar dan drum ke tempat yang kering.
Dalam kepala otak gua, mungkin ada hikamh di sebalik kejadian ini.

Esoknya pulak (iaitu hari ini), gua nak pi studio dengan misi menumpang barang-barang studio gua di studio kawan gua. On the way nak pi studio...kena SAMAN pulak!! Damn you daddy! Kenapa laa tak renew roadtax? Kan ankmu dah kena saman. Takpa, nanti daddy bayaq saman gua. Dan gua terpikir sejenak, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni.

Tapi apa hikmahnya??!!!

Moral cerita ini.....gua tengah moral down gila babengs.

18 April 2008

Bangang

Cerita seorang kawanku ni, penolong pengurus jkkkk kampung..walaupun cita pasal orang lain, aku tetap jugak cite sebab, kelakarnya itu aku ingat hanya berlaku di dalam tv atau cite dumb & dumber atau cite grandma's boy..rupenye cerita tu berlaku real life

Si penolong pengurus jkkkk kampung main bola padang di sebuah kawasan jajahan PAS minggu lepas..die jadik keeper untuk team dia..

Seperti biase, mamat ni agak monyet sket..main bola jarang2 tapi mempunyai sepasang shinpad dan glove bola yg diimport dari luar negara untuk persediaan game2 penting mcm ni aa..
Team mate die dan opponent die tak kenal lansung..cume kenal sorang je kawan die yg ajak die main (budak ni team die jugak aa).team die pakai baju biru gelap ade stripe sket, team opponent pakai biru cair ade stripe gak..

Nak jadik cite, die bermain dgn penuh semangat haram menjaga gawang gol...1st half, bolos sebijik. abih first half..die kluar sambil dlm otak memikirkan ...kefuckeran kerana melepaskan bola tadi..(selalu ok je, macam power, tapi time nii bole lepas plak)

Sambil asyik memikirkan step seterusnya, die berjalan ke arah tempat team2 tu melepaskan penat lelah..dgn selambe, die ambik sebotol air mineral berjename 'Seamaster'

Dalan hati die,'ceh, sejak bile team aku ni bagi air nih, air murah, slalu nye bagi air sirap dalam Coleman'.

Mamat ni buat taktau aa, sambil melayan bengang sebab lepas gol tadi..die pandang muke team mate die..team mate ramai2 pandang muke die..

'diorang ni mesti bengang dengan aku ni, diam je la'.

Tibe2, mamat ni tengok baju team mate die.

'Bodohnye aku'.

penolong pengurus jkkkk kampung minum sket air Seamaster tu dan blah dari tempat tu dengan muka seperti tiada ape yang berlaku.

Terlepak dengan team opponent.

aku anak siapa

Sesi YM pada pukul 2.30am


orangjahat44: 無謂令你令你令你令你令你令你令你令你

KbosKbor: 無謂令你令你令你令你令你令你令你令你

orangjahat44: ahh kalah

KbosKbor: pantek

KbosKbor: aku tgh asyik tengok 8 minutes abs workout nih

orangjahat44: pergh

orangjahat44: 'jongos' gila workout

KbosKbor: hahah

KbosKbor: aku nak jadi laki 'jongos'

KbosKbor: hahah

KbosKbor: baju nombor dah dapat dah hari tuh

orangjahat44: ko bole la...

orangjahat44: ko anak ahli parlimen

orangjahat44: aku anak cikgu je

orangjahat44: hahahahaha

KbosKbor: hahaha..cam haram

17 April 2008

futsal separa serius

teammate1 : "Ishh sayang la... aku rasa kite boleh menang la tadi"

teammate2 : "Tu la.. kita defend malas. Semua tak nak turun"

teammate1 : "Biasa la tu. Semua nak score defend malas"

teammate2 : "Dahla bila attacking pun tak boleh simpan bola lama. Asyik kena cilok je"

teammate1 : "Berapa kita kena tadi?"

teammate3 : "8-4"

teammate1 : "Main tiap-tiap minggu tapi asyik kalah je. Macam mana ni?"

AKU : "Tu laa.. Aku rasa mcm ni...."

teammate3 : "Kau rasa ape beb?"

AKU : "Aku rasa kita ni memang tak terer. Tak boleh buat apa dah..."

Semua: "Hahaha.... sial"


Haaa... jangan gelak lebih. Perbualan ini adalah perbualan lama. Semalam kami baru menang 5-3....

16 April 2008

Kata dan Kerja

Kata dan Kerja..
'Kata' tak bermakna kalau kita tak bekerja..
'Kerja' tak terserlah kalau kita tak berkata..

'Kata' beromen dengan 'Kerja'..
baru 'Kredibiliti' lahir..

Jadi, bila kita kata, kita mesti kerja
bila kita kata kita nak wasted..jom pegi wasted?..sape nak join?..tapi aku tak kata sekarang..

patah tak tumbuh dah

Malam Sabtu 12 April 2008..........

"boss, order"

"ya boss minum apa?"

"nescafe tarik 'nipis', ais kosong"

"makan?"

"kuey teow goreng tak mau sayur sama ayam goreng"

"lagi?"

"itu saja"

Itu ialah pesanan terakhir aku di restoran mamak 'KEN' kegemaran kami. Makanan sedap, banyak dan yang penting murah. Tetapi sekarang aku telah hilang punca. Sekarang aku perlu travel lebih jauh untuk menghirup segelas nescafe tarik 'nipis'. Kenapa kau tutup? Mana lagi aku nak dapat ais kosong free di KL? Mana lagi aku nak lepak lepas ni? Mana lagi mamat-mamat tow truck nak lepak sambil menunggu orang accident? Mana lagi encik-encik polis nak duduk minum setelah penat meronda di kawasan perumahan terdekat?

Sudah... biarkan dia pergi. Masa untuk mencari tempat baru. Masih banyak kedai lain yang menunggu untuk menagih duit aku. 'Kalips' kan ada? Tak pun 'Lidoh'. 'Naslem' pun boleh jugak. Alaa susah-susah 'Pelita overrated' pun jadi la walaupun nescafe tarik 'nipis'ku berharga RM1.80. Arghh 'KEN' ini semua salah kau...

alfabetikaliti

BTTL = Bidan TeTek Lanjut



BPL = Barclays Premier League



BPH = But*h Pok Hang




Sekian.......

15 April 2008

- 44 -

Aku mahu mulakan dengan ucapan glory glory Manchester United. Jangan marah kawan-kawan. Nak buat macam mana dah kami tengah menang. Kemenangan 2-1 ke atas Arsengal memang best. Terima kasih Adebayor sebab score dulu. Lagi manis kemenangan ini. Baru rasa macam hero. Biasala hero kan selalu kena dulu. Sungguh best tengok muka sedih manager mereka, Encik Arselenge. Haa baru hang tau. Dan tidak lupa, terima kasih Heskey. Gol anda amat kami sanjungi walaupun anda main macam cibai. Dah.. boring la cerita pasal bola. Cukup-cukup la bangga dgn pasukan bola dari negara penjajah. Nak cerita pasukan tempatan, PERAK pulak tak power tahun ni. Biasala melayu, time kalah duk diam je la. Betul tak yop?

Haa... hari ni aku nak cerita tentang nombor 44. Aku suka nombor 44. Dua helai jersey bolaku bernombor 44. Bukan, bukan jersey Man Utd. Jersey Man Utd aku tak mampu beli dan aku tak pakai jersey tiruan murah. Jerseyku hanya jersey buat sendiri pasukan aku dan rakan-rakanku semasa di universiti dulu. Kenapa 44? Bukan ke nombor 4 tu suey(malang-aku tak tau ejaan sebenar). Ni dah 44 lagi la banyak suey. Takpe aku tak kisah. Aku rasa nombor tu macam best. Kalau kita tekan butang shift sambil tekan nombor 4 akan keluar $. Tekan dua kali $$. Kalau tekan banyak lagi, lagi la banyak $$$$$. Tapi takpe, aku tak tamak sebab tu aku suka 44 je. Buat ape duit banyak-banyak. Kalau duit banyak mesti aku akan pergi beli baju t-shirt berkolar yang dihiasi nombor dan kuda. Dan bila duit banyak confirm collar bajuku akan ternaik. Tambah pulak dengan kereta mewah. Mesti masyarakat akan dengki dan akhirnya benci dengan aku. Aku tak nak jadi macam tu. Aku suka diterima masyarakat.

Dah jauh menyimpang kembali ke jalan yg benar. Lagi satu kenapa aku suka 44 ialah kerana tarikh 4 April. 4 April ialah hari kelahiran atau birthday ibu aku. Seorang ibu yang garang tetapi amat aku sayang. Ibuku seorang guru penolong kanan hal ehwal murid atau HEM. Hanya mendapat lesen kereta ketika umur sudah 40-an. Aku kagum semangatnya untuk mendapat lesen walaupun sudah berumur. Ya birthday ibuku sudah lepas. Aku tak beli apa-apa hadiah untuk ibuku. Aku memang anak yang tak bagus. Hanya sms yang aku hantar. Aku tulis bahawa aku sayangkan dia. Tahun ini dia akan berumur... jap 2008 tolak 1956 hmm jap bukak calculator aku tak nak salah kira nanti orang ingat aku bodoh. Aku tak bodoh cuma mahu kepastian. Yaa 52 tahun. Dua kali ganda umurku. Bodoh.. itupun aku boleh lupa. Tujuan aku nak tulis blog ni pun sebab aku perasan umur ibuku adalah dua kali ganda umurku. Takpe abaikan. Walaupun aku tahu ibuku takkan baca blog ini aku ingin beritahu kepada seluruh dunia aku sayang ibuku. Aku beruntung mempunyai dan masih mempunyai seorang ibu.

Jiwang pulak aku. Takpe jiwang dengan mak mesti orang kata aku ni sweet and sensitive. Baru cute. Ohh aku lupa bagi tau... PC aku dah elok. Aku yang tak elok sebenarnya. Masalah mudah pun tak dapat selesaikan. Aku hampir-hampir nak masukkan CD Windows original(in case kalau bill gates baca blog ni), tapi nasib baik aku sedar kebodohan aku. Tak perlu la aku cerita apa kebodohan aku tu. Jatuh la standard aku di alam siber ini yang dipenuhi dengan pakar-pakar komputer. Betul tak? Kalau betul jumpa lagi lain kali........

14 April 2008

. . .



slamat tinggal...
( ... )

Gua Tengah Rileks

Malam ni adalah malam yang aku suka. Aku dah pandai balut rokok daun sikit-sikit. Tapi still...kalau aku mai KL, itu tetap menjadi kerja kawan aku untuk membalut rokok daun untuk aku. Hahahaha. Sorry my friend. I love you always.

Malam ni Manchester "fuckin'" United menang. Wasted! United! Aku boleh menjadi *juah. Aku tunggu saat-saat juah aku tiba. Kini...ia telah tiba. Mari mendabik dada. Mari hidung tinggi untuk sementara waktu. Untuk menikmati glory yang dicapai dengan keringat peluh di tangan sambil menunggu gol yang menjadi impian untuk juah bila bersama kawan-kawan.

Satu lagi, aku telah pun mendapat buku "goddess porn", iaitu Jenna Jameson yang bertajuk "How to Make Love Like a Porn Star". Setakat apa yang aku baca, ia sangat menarik. Ada dijual di Malaysia? Mungkin ada, mungkin tidak. Tapi aku rasa takdak.

Nak lagi? Sekarang aku tengah melalui pengalaman mempunyai dua orang perempuan serentak dalam hidup aku. Sex, drugs, and rock n' roll? Satu pengalaman yang pasti aku ingat selama-lamanya. Live life to the fullest!

*juah=bongkak, sembang besaq, perasan hensem, perasan berstatus tinggi, tak malu dengan diri sendiri tapi dalam situasi yang funny a.k.a kerek ikut suka hati ang.

P/S: BPH........

10 April 2008

di pagi glory glory

Ya memang aku sedang senyum sorang2. Manchester United dah masuk semifinal Champions League. Kenapa aku suka Manchester United? Kenapa aku sokong mereka? Entah aku pun tak tau kenapa aku sokong Manchester United. Aku takde kena-mengena dgn Manchester United. Mungkin hanya untuk 'fit in' dalam masyarakat. Mungkin dengan menyokong sebuah pasukan bolasepak EPL eh.. BPL, menjadikan aku seorang lelaki yang normal. Mampuslah aku tak kisah. Aku tetap akan senyum sorang2...

Ya aku sudah berhenti senyum. Tengahari tadi kawanku sudah kehilangan ibunya. Al-fatihah untuk arwah. Ini perkara sedih dan aku tak mahu ulas dalam blog.

Ya aku sedang mengetap bibir. Aku sedang guna laptop rakan studioQ. Kenapa? sebab PC aku dah tak bagus. Masuk segala jenis virus, spyware, malware dan musibah-musibah yang lain. Aku tak boleh surf internet. Tapi YM boleh lagi so takde masalah untuk berkomunikasi dengan teman studioQ yang lain. Hmm.. wahai PC bedebah... format nak? Aduh aku tak reti format PC. Aku tak pernah format PC. PC aku pun tak pernah diformat sejak ia jatuh ke tangan aku. Nak format ke? Ahh aku malas nak format. Sape-sape tolong ejaskan boleh? Tapi kalau yang duduk studioQ ni nak tolong formatkan lagilah bagus.

Ya aku gosok mata. Gatal. Bukan mengantuk.

Dan sekarang aku sudah menguap. Alamak kena tidur ke? Aduh. Aku tak boleh la. Aku tgh malas ni. Takde mood. Tapi takpelah aku masuk je lah bilik dulu. Nanti bile aku rajin nanti aku tidur ok. Sebab aku hanya tidur bila aku rajin.

Ya aku mahu tekan butang post. Jumpa lagi......(Glory Glory Man Utd dalam hati)

09 April 2008

this is anfield

ucapan ditujukan khas kepada jannah,
semoga tidur anda dirahmati dgn nyanyian 'you'll never f*ck alone'

sila tunggu kehadiran esok,pasukan kami akan beraksi dgn maskot baru...
'The Red Shilpa Lee Devils'

.

08 April 2008

Aloq Staq Kawaq

Agak lama aku tak tulis dlm blog ni. Banyak cerita aku nak bagitau tapi banyak masalah pulak seperti intenet kena potong. Semalam dah ok dah. Malam semalam aku kemas rumah. Aku kemas ruang tamu dan bilik aku sendiri. Banyak habuk dan 'daun-daun'. Aku vakum lantai dan lap habuk. Agak rajin aku semalam. Aku buat ikhlas untuk kawan-kawan aku supaya mereka selesa lepak tengok tv dalam keadaan bersih. Betul, aku buat bukan untuk diri sendiri. Tapi biasalah aku kan melayu, buat kerja sikit nak bagitau semua orang. Nak kredit dari masyarakat. Alaa macam ahli politik selalu buat dalam tv tu. Nasib baik aku tak kenal orang dalam tv, kalau tak mesti aku masuk tv jugak sebab aku kemas rumah secara percuma dan ikhlas.

Minggu lepas aku lepak Alor Star atau Aloq Staq(ikut dialek negeri masing-masing). Aku akan guna Alor Star sebab kat signboard tulis Alor Star.. Eh ke Alor Setar? Ahh mana-mana la janji paham. Aku lepak di Alor Star selama 2 hari. Aku tidur di recording studio SPERM milik member aku. Dia ni anak kepada Datok Bandar Alor Star. Kalau syarat-syarat nak jadi Datok Bandar ialah memiliki anak seperti dia ni, aku rasa bapak aku pun ada can nak jadi Datok Bandar Taiping. Tapi nasib baik bukan. Alor Star ni lebih kurang je dgn KL cuma dialek berbeza dan makanan murah. Nasib baik aku asal Tepen, so aku boleh paham apa mereka cakap dan aku boleh la cakap Kedah sikit-sikit walaupun aku tau agak macam cibai. Di Alor Star aktiviti aku masih sama. Tidur, makan, borak, rokok dan internet. Tapi aku dapat main futsal di Alor Star. Sabar-sabar aku tahu kat KL pun ada futsal. Tapi yang lain nya futsal di KL dan di sini ialah aku dapat main futsal free tanpa memakai pakaian sukan. Majoriti mereka yang bermain pada malam itu hanya memakai tshirt, boxer dan berkaki ayam. Aku kagum. Aku pun sama cuma aku tak pakai boxer, aku pakai seluar pendek jalan-jalan. Aku takut main futsal pakai boxer sebab biasalah 'barang besar' nanti terkeluar orang jeles pulak. Hmm 'juah' jugak la aku ni. 'Juah' ialah satu perkataan baru aku belajar di Alor Star. Maksudnya cari sendiri. Dan dari pemerhatian aku, aku dapat membuat kesimpulan bahawa perkataan yang paling selalu di sebut di Alor Star ialah "anak haram". Betul aku tak tipu tanya depa.

Balik ke KL aku dapat tau internet kena potong. Shit. Takpe takde internet pun ok ape. Baru la semua org berkomunikasi secara langsung. Ini tak, duduk satu rumah pun sembang pakai YM. Takpun semua orang duduk di depan pc tak keluar bilik sehari suntuk. Macam sekarang ni laa. Gila. Tapi takpe back to normal. Hari-hari sama. Alor Star, aku akan datang lagi. 2 hari tak cukup...

Satu Cabaran

Ada berahi? Eh silap. You alls memang semua memberahikan.

Ada berani?

Sila click on the title link above for details.