Maaf sudah sebulan tidak menulis. Tiada cerita yang aku rasa sesuai aku nak cerita. Nanti kalau aku cerita pasal kerja aku tak 'best' kamu semua menyampah pulak. Ye laa bukan aku sorang je kerja.. orang lain pun kerja jugak. Kalau aku cerita kerja aku 'best' nanti kamu semua rasa aku sombong, riak dan bangga dengan diri sendiri. Alaa macam takde orang lain yang kerja 'best' je. Tetapi atas atas dorongan diri sendiri dan juga galakan dari Cik Jannah aku patut menulis lagi.
Aku tiada topik yang mahu ditulis. Pasal minyak? Hmm no komen. Biarlah.. sampai bila nak harap dengan subsidi. Tapi encik PM tu lain kali boleh tak jangan bencikan sangat khabar-khabar angin. Kenapa tak boleh je sekali-sekala cakap khabar angin tu betul. Tak payah la aku beratur isi minyak macam aku beratur nak bayar tol kat Ipoh masa nak balik Taiping masa Hari Raya. Cuba la kata khabar angin tu ok betul kan senang. Tak payah nak 'suprise' kami semua. 'Lame' la kau ni encik PM. "Uhh 'best'nya kena kejutan"... 'Fuck' aku dengar perkataan kejutan aku dah terus terbayang rancangan realiti menyanyi yang penuh dengan konon-konon kejutan. 'C'mon' la rancangan kau tu kalau takde kejutan pun memang dah tak best. Ke encik PM terpengaruh dengan rancangan realiti tersebut? Malunya aku.... encik PM layan **. 'Damn...' Ahh bodoh la cerita paleolitik... Macam aku bagus sangat...
Dalam takde topik siap satu perenggan. Oh lupa aku ingin umumkan kepada semua (ini bukan 'suprise' sebab memang tiada khabar angin pasal benda ni sebelum ini) aku telah menukar nama aku kepada orang44. Tiada lagi orangjahat44. Sebab? Sebab kenapa aku pakai nama orangjahat sebelum ni? Aku ingat macam 'cool' la pakai nama tu. Nampak macam gengster. Ye la jahat kan. Tapi aku takde la jahat dan kental sangat. Teksi 'driver' hon sambil jeling aku pun aku dah takut. Jahat apenye macam tu. Oleh kerana itu aku tukar la nama aku. Baik aku jadi orang je. Nak jadi orangbaik tak boleh jugak. Aku pun takde la baik sangat. Kalau aku baik takde la aku pancung teksi tadi tu sampai 'driver' die hon dan jeling aku. Betul tak...
Yeah siap dua perenggan. Argh dah ngantuk. Masa mencemburui aku. Pergh macam ucapan pelajar skema kat perhimpunan sekolah dulu. Masa mencemburui kau konon. Weh ni budak-budak kat bawah ni dah tahap membenci kau dah. Ucapan kau tu bukan 'best' pun. Kalau ucapan ada 'kejutan' takpe la jugak. FUCK kejutan....
Eh patut ke bukak perenggan baru? Takpe la dah tertekan 'enter' dua kali. Biarkan saja. Apa lagi 'update' terbaru aku? Haa ada tapi aku malu la nak tulis dalam blog. Ini melibatkan hati, jiwa dan perasaan lelaki. Isshh malu..(senyum seorang diri)
Oklah.. aku masih dalam keadaan berlengas sebenarnya. Masih belum mandi dan hanya bertuala sambil duduk di depan pc dengan nescafe dan dunhill sebagai teman. Lagi 20 minit ada bolasepak. Tak bagus la bolasepak. Hari-hari bolasepak esok pagi kena bangun awal jugak. Pasukan kegemaran menang pun esok pagi aku tetap aku juga. Masih orang yang sama. Oleh itu mari tekan butang 'post'.... Jumpa lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment