"Potongla rambut kamu tu, dah macam orang sakit mama tengok"
"Ishh ni apa baju kamu ni semua kecik-kecik? Pergi laa beli baju senonoh sikit"
"Ni apa baju kamu ni semua t-shirt je? Carik laa baju-baju yang elok-elok sikit macam papa"
"Eh, apalah kamu ni? Seluar dah koyak pun nak pakai lagi? Macam pekerja Indonesia dah mama tengok"
"Eh, kamu ni dah takde kasut ke? Pergi mana-mana papa tengok asyik pakai selipar je?"
"Cuba-cubala baju tu masukkan ke dalam. Baru kemas"
"Haa hisap rokok! Mana belajar ni? Terikut kawan-kawan la ni. Dah toksah kawan dengan orang-orang tak elok"
"Kamu ni selalu balik lambat malam-malam buat apa? Main snuker? Karaoke? Disko? Ishh jangan pergi tempat-tempat tak elok macam ni. Kena tangkap polis baru tau"
"Ni apa lagu macam ni? Dah la tukar lagu lain. Pening dah kepala mama dengar"

Ketika aku remaja, inilah soalan-soalan dan komen-komen yang selalu aku terima daripada ibu dan bapaku. Setiap kali pulang bercuti pasti salah satu daripada soalan-soalan ini akan muncul. Tetapi aku tidak kisah. Aku tidak marah lagi membenci mereka. Aku masih bersyukur kerana mereka masih ambil tahu pasal diriku. Lagipun ibu bapaku gomen. Gomen yang telah dididik dengan ajaran yang entah aku pun tidak tahu mana datangnya. Rambut panjang melambangkan mereka yang tidak ada masa depan. Baju berkolar adalah baju untuk golongan yang bertamandun. Karaoke, snuker dan disko(ada lagi ke orang panggil disko?) adalah tempat maksiat semata-mata(sekejap.. disko itu mungkin). Baju tersemat ke dalam seluar melambangkan orang yang berpendidikan. Argh sudah. Aku malas mahu fikir lebih dalam. Sememangnya aku tidak akan faham.
Mama dan papa,
Rambutku memanglah panjang. Tetapi jika akalku panjang juga, apa salahnya...
Bajuku memanglah kecil. Dah badanku pun kecil. Tak 'metro' la baju besar-besar...
Aku memang suka t-shirt. Nak buat macam mana? Jangan risau mama dan papa, aku masih tahu bila mahu menyarung baju berkolar...
Oh jeans terkoyak. Bukankah bagus? Kalau semua jeansku cantik seperti baru nampak sangat aku boros berbelanja di ibukota dengan wang pemberianmu...
Memanglah aku pakai selipar. Cuba ingat kita di mana? Di Taiping, masa untuk memakai kasut sudah sama dengan masa yang diambil untuk pergi ke rumah Mak Long. Sekali lagi, jangan risau aku tahu bila mahu menyarung kasutku...
Papa, kan aku sedang pakai t-shirt ni. Takkan aku nak masukkan baju ke dalam? Lain kali okay..
Hisap rokok belajar dari kawan-kawan? Eh mama ni lupa pulak. Bapak borek anak rintik kan?
Karaoke, snuker dan disko. Okay aku mengaku tempat-tempat ni memang tempat yang agak tidak elok. Lain kali aku pergi aku tidak beritahu...
Lagu tidak elok? Mama, aku pun pening juga mendengar lagu yang dinyanyikan penyanyi suara tidak elok(apa lagi salahkan realiti tv)...
No comments:
Post a Comment