3.00 am - Belum tidur lagi?
3.01 am - Belum ada idea lagi...
3.11 am - Masih belum ada idea...
3.12 am - Arggh aku 'give up'.. Tiada idea nak menulis. Dalam fikiran aku, aku malas pergi kerja esok. Tapi kalau aku tak pergi kerja apa yang aku nak buat? Tidur? Hari-hari pun boleh tidur... Lepak? Hari-hari pun boleh lepak... Dating? Huh.. hujung minggu pun gagal dating lagi nak berangan... Kerja? Hari-hari pun boleh kerja... Ntah........
3.16 am - Apa lagi dalam kepala otak aku. Hmm? Politik? Hmm ada jugak terlintas. Tapi politik Malaysia pelik. Haa aku ada cerita betapa peliknya politik Malaysia. Untuk pengetahuan semua aku telah menyaksikan dengan mata aku sendiri satu aktiviti politik yang paling hebat. Petang tadi aku ke Ampang Point. Hajat di hati aku dan rakan-rakan nak main bowling. Rilek la.. Aku tahu aku kelihatan kurang cool kerana bermain bowling. Sabar, habis cerita ni confirm kamu semua akan rasa aku cool balik. Ok sambung cerita. Sampai di tempat bowling seperti biasa aku akan melihat-lihat sekeliling. Bukan untuk cuci mata tetapi untuk mencari bahan ketawa seperti pegawai-pegawai kerajaan yang berlatih dengan serius supaya mereka dapat mewakili jabatan masing-masing. Setelah mencari akhirnya aku perasan satu kumpulan yang memakai t-shirt yang sama sedang bermain bowling dengan gembiranya. Aku tersenyum sambil berkata "Pergh.. Gomen gila...". Seronok pulak brader-brader dan makcik-makcik gomen ni main bowling sambil pakai baju free. Selepas itu aku perasaan satu meja yang penuh dengan hamper dan juga makanan. Sekali lagi tersenyum sambil berkata "Pergghh.. Gomen gila..". Ye la kerajaan kalau takde makanan tak sah. Tiba-tiba kawan aku datang. "Weh bowling penuh" "Jom gi tempat lain". Alamak penuh pulak. Takpelah ikut sajalah. "Jap tunggu **** gi toilet jap" kata kawan aku lagi. Sambil aku berjalan ke arah pintu aku lihat sekali lagi kumpulan tadi tu. Aku perasan ada tertulis perkataan 'AIC' di belakang baju mereka. Jabatan kerajaan ape 'AIC"? Takpela tak penting pun. Selepas itu aku terperasan ada satu 'banner'. Di 'banner' tu tertulis www.anwaribrahimclub.com. Ohhh aku tersentak. Baru aku tahu 'AIC' tu bermaksud Anwar Ibrahim Club. Terus aku kusut. Eh.. Pelik? Kenapa? Aku tak paham laa? Eh bukan ke Anwar Ibrahim tengah kusut ke? Bukan ke dia kena tuduh sodomi ke? Eh yang kamu buat aktiviti main bowling ni kenapa? Eh tak faham la? Kamu semua tak marah atau sedih ke orang yang kamu sanjung kena tuduh? Ke main bowling ni satu aktiviti protes kamu semua? Tak perasan pulak aku trak FRU kat bawah Ampang Point tadi? Eh brader ni seronok betul kunyah bihun goreng? Ke ni semua 'cover-up' je supaya tak kena serbu dengan polis? Tapi kalau secara rahsia yang mereka pakai t-shirt siap bawak 'banner' Anwar Ibrahim Club mereka tak takut kantoi ke? Arghh kamu semua faham tak? Aku tak faham.... Politik Malaysia pelik kan?... Kamu rasa pelik tak???
3.45 am - Sudahlah.. Perasan pelik aku telah menjadikan aku mengantuk. Biar aku tidur dengan pelik. Biar esok pagi boss aku juga pelik tengok aku tiada di dalam pejabat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment