Semalam aku pergi Times Square. Tapi jangan risau rambut aku masih seperti biasa. Tidak menutup sebelah mata. Baju aku pun masih sama. Tidak tumbuh sayap pari-pari. Aku pergi Times Square sebab kawan aku mintak tolong hantar dia balik lepas dia main bowling. Sabar.. sabar.. jangan mulakan khabar angin dulu. Kawan aku ni lelaki. Aku pun malu jugak nak bagitau, tapi aku bukan nak cerita pasal aku nak tolong hantar kawan aku ni balik. Aku bukan macam ahli politik dalam TV. Buat baik satu negara tahu. Buat jahat Raja P seorang saja yang tahu.
Aku nak cerita pasal ni. Sementara aku tunggu kawan aku ni main bowling aku pun jalan tengok-tengok kedai kat Times Square. Ini adalah kali kedua aku sampai Times Square. Mungkin sebab tu aku tak jalan-jalan bawak payung hitam. Tak otai lagi kot. Dan akhirnya aku sampai ke kedai yang tidak asing lagi bagi masyarakat umum. Sebuah kedai Levi's. Aku pun dah lama tak beli jeans. Ada la dalam 3-4 tahun. Disebabkan itu dan juga masa dan wang yang banyak aku pun masuk ke kedai dan tengok-tengok apa yang boleh dibeli. Dan akhirnya aku nampak satu seluar yang menarik perhatian aku. Aku capai dan terus masuk fitting room.
Di dalam lampu samar-samar fitting room aku bukak seluar aku. Aku sarung seluar tadi. Tengok cermin sekejap. Hmm macam best je seluar ni. Kepala otak terus mengimbas baki wang di dalam ATM. "Hmm tak luak la setakat beli seluar sehelai." Sombong benar kata hati aku. "Okay aku nak belilah seluar ni." Selepas itu aku tengok kembali diriku di dalam cermin. Senyum bangga terukir di bibir. Sampai menyampah pulak aku tengok muka aku sendiri. Selepas itu aku tengok balik bakal seluar baru aku ini. Hmm.. cantik.. cantik...
Ehh.. jap. Arghh fuck la!! Shit!! Sekarang aku sudah ingat kenapa aku dah lama tak beli seluar jeans. Aku sebenarnya benci jeans-jeans baru. Aku benci design-design mereka. Aku bencikan lusuhan yang ada di jeans yang baru. Macam manalah aku tak benci. Aku ni kan agak kecil orangnya. Ni kau tengok ni. Tak ke pelik kalau lutut aku dah ada dekat keting ni. Kan ke dah takde logiknye kat situ. Ada ke orang pakai jeans pergi 'sagat' dekat keting? Ade ke orang pakai jeans tiba-tiba lusuh kat keting?Fuck la!! Aku terus bukak seluar tu. Aku keluar fitting room dengan muka selamba sambil berkata "Doesn't fit me well" dan terus keluar kedai tanpa menoleh ke belakang....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
how small are you?
Post a Comment